Jam loceng yang sedang berdering dan membingitkan telinga diketuk sedikit kasar. Dengan malas dia bangun dan menuju ke bilik mandi.
"Ja! Dah pukul 6 ni? Kau tidur lagi ke?" Laung satu suara menghentikan perbuatannya yang sedang membasuh rambutnya yang panjang.
"Dahlah! Aku tengah mandi ni!" Balas Eja.
.........
Kopi susu panas yang masih berasap nipis dihirup perlahan. Matanya sedikit bengkak akibat terlalu lama berjaga malam sehingga ke pagi akibat menyiapkan tesisnya.
"Kau ni okey ke? Mata bengkak. Kau ponteng je lah!" Tegur Feeq. Eja menjeling sedikit ke arah lelaki itu. Kalau tak kerana mamanya, memang lelaki itu sudah terkeluar dari senarai dijadikan suami. Sudahlah kata-katanya sentiasa menyakitkan hatinya. Tak romantik. Apalah dosa aku kena kahwin dengan dia ni?
"Kamu ni tak ada isi lagi ke, Ja?" Tanya Puan Rozita, ibu mertuanya. Senyum paksa dipamerkan sebelum menggeleng.
"Kau berangan ke, Ja?" Tanya Feeq. Eja menggeleng tanpa menjawab.
"Biar aku hantar kau pergi class pagi ni." Pelawa Feeq. Eja hanya bersetuju kerana dia pun rasa tidak larat nak menunggang motornya ke kuliah pagi ini.
..........
Sekumpulan remaja sedang lepak di kafe sambil berbisik dan ketawa kecil antara satu sama lain sambil menjeling ke suatu arah.
"Dah ada apa-apa ke, nyah?" Tanya Fadzil atau lebih dikenali dengan nama glamournya, Fazzy. Eja menjeling.
"Banyaklah kau! Aku pening sikit, tak larat nak bawa motor, aku suruhlah dia hantar." Balas Eja malas. Mereka tergelak.
"Pening, nyah? Perut kau ada baby ke?" Usik Fazzy lagi. Pap! Telapak tangannya yang tidak berapa besar dilayang ke belakang lelaki 'separuh masak' itu.
"Janganlah kacau, nanti baby marah." Usik Bed, gadis tomboi yang sentiasa berada di sisinya dan juga rakan jahatnya.
"Eja! Awak ni nak jadi apa ha?! Awak bijak tapi tak tepati masa. Awak ingat universiti ni bapa awak punya ke?" Fuhh! Menusuk ke qalbu woo! Wajah Prof Hussin itu dijeling sedikit. Membara hatinya apabila orang tua itu melibatkan bapanya dalam hal ini.
Keesokaannya, dia dan Bed men'anjingkan lelaki itu. Mereka meletakkan paku tekan pada kerusi lelaki itu secara mencacak di dalam kelas menyebabkan lelaki itu menjerit nyaring apabila punggungnya dicucuk paku tekan. Sakit tu.
...........
Teh ais dihirup sedikit bagi melegakan tekaknya yang kehausan dan kekeringan.
"Kau dah okey ke dengan minah tu?" Tanya Ferhad. Feeq menggeleng.
"Dia tu keras kepala lah." Rungut Feeq. Beberapa percubaannya untuk memikat Eja dengan caranya sendiri gagal dan akhirnya dia buat keputusan untuk berserah, AKA pasrah.
"Susah betul minah ni." Rungutan dibalas rungutan. Telefonnya berbunyi.
"Hello?" Feeq terdiam sebelum matanya membulat besar.
"Pengsan?! Aku datang sekarang." Balas Feeq mengakhiri perbualan singkat itu. Ferhad memamdang rakannya yang kelam kabut.
"Apa hal, bro?" Tanya Ferhad.
"Eja pengsan." Balas Feeq terus meninggalkan Ferhad di situ.
...................
Feeq membawa dulang berisi semangkuk bubur, segelas air kosong dan ubat ke dalam bilik Eja. Gadis itu kelihatan lemah. Dulang diletakkan di sisi katil.
"Ja, makan bubur." Feeq menggoyangkan sedikit bahu Eja. Eja mengerutkan dahinya lalu membuka mata.
"Aku tak nak, tak ada selera." Balas Eja.
"Makanlah. Kalau tidak lagi teruk. Lepas tu makan ubat barulah kau tidur." Pujuk Feeq. Eja menggeleng. Geram pulak Feeq melihat Eja yang sentiasa membantah kata-katanya.
"Kau boleh tak jangan degil? Kau memang macam ni kan? Ego! Suka hati kau lah! Apa-apa jangan cari aku. Kau buatlah apa yang kau rasa patut. Malas aku nak layan. Keras kepala." Marah Feeq lalu keluat dari bilik itu. Dia sempat menghempas pintu.
Eja tergamam melihat Feeq yang baru pertama kali menengkingnya. Terasa sedih pula apabila dimarahi lelaki itu. Perlahan-lahan dia mencapai bubur itu. Sedikit demi sedikit bubir itu disuap ke dalam mulutnya sendiri. Walaupun perit untuk menelah tetapi dia paksa juga dirinya makam sehingga habis.
Feeq keluar dari dapur. Dia baru sahaja meneguk jus mangga untuk melegakan hati dan tekaknya. Dia sedikit terkejut dengan kehadiran Eja yang turun menghantar mangkuk yang sudah kosong ke sinki. Dia hanya buat tidak nampak sahaja apabila gadis itu memandangnya. Feeq terus bergerak ke ruang tamu.
Eja rasa tersentuh melihat sikap tidak kisah Feeq. Sengaja dia menghantar mangkuk kosong ke bawah agar lelaki itu tahu dia sudah menghabiskan bubur. Tetapi Feeq buat tidak tahu sahaja.
"Feeq, kau marah aku ke?" Tanya Eja lalu duduk disebelah lelaki itu. Feeq buat tidak dengar. Wajahnya diselambakan menonton siaran tv. Eja rasa sedih melihat Feeq sedikit pun tidak kisah. Eja terus memeluk lelaki itu dari tepi dan mekanya disorokkan sedikit. Feeq sedikit terkaku dengan aksi Eja. Gadis itu menangis membuatkannya kasihan. Habis t-shirtnya sudah basah dengan air mata Eja.
"Aku minta maaf. Aku tahu aku teruk!" Ujar Eja dalam sedu. Feeq tidak sampai hati melihat gadis itu menangis. Serta merta api kemarahannya terpadam. Pelukan gadis itu dibalas dengan harapan dapat memujuk Eja.
"Kau tak teruk." Pujuk Feeq. Eja ersenyum mendengar kata-kata Feeq yang lembut itu.
"I love you." Ucap Eja. Feeq tergamam mendengar kata-kata Eja. Aku ni khayal ke? Ke aku tengah mimpi.
"Kau.... kau cakap apa?" Tanya Feeq sedikit tergagap. Eja mendongak memandang Feeq.
"Aku cakap, i love you." Ulang Eja semula. Feeq terasa terawang-awangan. Itulah ucapan yang ditunggu-tunggu daripada gadis bernama Ezliana Husna setelah gadis itu menolak cintanya di awal perkahwinan mereka.
"I love you too." Balas Feeq lalu mengucup bibir gadismitu. Eja tersenyum menerima balasan dan kucupan Feeq. Feeq mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana ,embuka pintu hati isterinya.
"Tapi apasal tiba-tiba je?" Tanya Feeq pelik. Eja tersenyum.
"Entahlah. Bila kau marah aku rasa sedih sebab kau tak pernah marah aku sampai macam tu. Aku rasa macam kau dah jauh sangat sampai aku rasa aku ni bodoh sebab aku tak hargai kau. Aku sedar aku perlukan kau. Nasib baik tak terlambat." Terus terang Eja. Feeq mengangguk faham.
"Aku marah baru kau nak cakap I love you." Rungut Feeq. Eja tergelak.
"Tapi itulah cara aku jatuh cinta dengan kau." Balas Eja. Feeq mengeratkan pelukannya sambil disulami dengan bahagia.

No comments:
Post a Comment